Tuesday, December 29, 2015

Engelbert Humperdinck - Please release me - 1989



One of my favourite oldies. Use to render this song on every stage show that we performed in the seventies.

Friday, May 16, 2014

Menghayati erti rezeki Allah


Menghayati Erti Rezeki Allah -  oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Saya ingin memberikan tazkirah untuk diri sendiri dan juga mungkin boleh diambil manfaat oleh pembaca. Ia berkaitan perkara yang asas dalam kehidupan kita, iaitu tentang rezeki ataupun dalam bahasa Arab disebut al-Rizq.
  
Perkataan al-Rizq atau Melayu sebut rezeki bermaksud pemberian ataupun kurniaan sama ada bersifat duniawi ataupun agama. Segala yang boleh dimanfaatkan, samada yang boleh dimakan ataupun tidak boleh dimakan maka itu rezeki. (al-Kulliyyat, Abu al-Baqa al-Kafawi, Muassasah al-Risalah).
  
Ertinya segala yang kita miliki dari perkara yang bermanfaat ataupun memberikan kebaikan buat kita sama ada di sudut keperluan dunia semata ataupun untuk agama maka itu adalah kurniaan ataupun rezeki.

Rezeki bukan sahaja minuman, makanan, harta, kenderaan dan segala rupa bentuk kebendaan semata, rezeki juga ilmu pengetahuan, kasih sayang, kebahagiaan, anak, isteri, kesihatan, keselamatan, kegembiraan dan seumpamanya.

Dalam hadis riwayat Muslim, Nabi Muhammad SAW menyebut tentang Khadijah: “Aku telah direzekikan cintanya."

Lupa Diri
  
Dalam keghairahan insan mencari kurniaan dalam kehidupan dari segi harta, pasangan, kegembiraan, kebahagiaan dan segalanya kadang-kala mereka melupai sumber rezeki yang asal iaitu Allah SWT. Sehingga seseorang seakan terasa dengan kemampuan dan kebijaksanaannya dia mampu mengaut rezeki untuk dirinya.
  
Demikian tidak kurang pula ada yang apabila berpeluang memberikan kelebihan yang dia miliki kepada orang lain menganggap seakan dialah punca rezeki yang telah dia dapat dengan kebijaksanaan dan kekuataan yang dia ada.

Ini persis seperti Qarun yang dimusnahkan oleh Allah dalam firmannya yang bermaksud:

"Qarun berkata: "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan kepandaian yang ada padaku". Tidakkah dia (Qarun) mengetahui bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, umat-umat Yang telah lalu, mereka itu yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya). Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya. (Pada saat itu) berkatalah orang yang semata-mata inginkan kesenangan kehidupan dunia: "Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya Dia adalah seorang yang bernasib baik". Dan berkata pula orang yang diberi ilmu (di antara mereka): "Janganlah kamu berkata demikian, pahala dari Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh; dan tidak akan dapat menerimanya melainkan mereka yang sabar." (Surah al-Qasas: 78-80)

Al-Razzaq
  
Agar manusia ingat, Allah menamakan diri-Nya al-Razzaq (dibaca ar-Razzaq). Ini merupakan salah satu dari nama-nama Allah yang indah. Al-Razzaq bermaksud maha pemberi rezeki. Dia memberikan kepada sesiapa sahaja yang Dia pilih. Dia juga yang menetapkan kadar pemberian menurut yang Dia kehendaki. Tiada satu makhluk pun yang wujud melainkan Allah pemberi rezekinya.
  
Allah menentukan kadar rezeki dengan kehendak-Nya yang sebahagian dari kehendak-Nya itu dikaitkan dengan peraturan alam yang Dia tetapkan. Sesiapa yang keluar mencari rezeki dengan memenuhi percaturan alam ini, maka Dia membuka jalan rezeki untuk hamba itu. Sesiapa yang tidak berusaha, maka tiada rezeki untuknya.

Pun begitu Allah boleh melakukan dengan kehendak-Nya luar dari kebiasaan percaturan alam. Maka tidak mustahil ada yang memenuhi peraturan alam tidak mendapat rezeki sementara yang tidak berusaha tiba-tiba hadir untuknya rezeki tertentu. Kuasa Allah merentasi segalanya.

Pelbagai Rezeki
  
Jenis-jenis rezeki yang Allah kurniakan juga berbeza antara satu sama lain. Ada yang diberikan harta, tidak berikan zuriat. Ada yang diberikan harta dan zuriat, tidak diberikan kebahagiaan ataupun ketenangan dalam hidup.

Ada yang diberikan kesihatan, tidak diberikan harta. Ada yang diberikan harta, tidak diberikan kasih sayang. Ada yang diberikan ilmu, tidak diberikan harta. Ada yang diberikan harta, tidak diberikan penghormatan dan maruah. Ada diberikan penghormatan, tidak diberikan harta. Begitulah seterusnya.
  
Maka jangan hairan jika si miskin tidur lena dalam rumah buruknya, si kaya pula kegelisahan dalam banglo mewahya. Jangan hairan, jika rakyat bawahan makan dengan sedapnya, sementara raja dan menteri hilang seleranya. Jangan hairan jika ilmuwan lebih dihormati dari menteri.

Rezeki itu pelbagai, yang dikurniakan makanan, belum tentu dikurniakan selera. Maka, janganlah kita melihat rezeki itu hanya pada satu sudut semata sehingga kita merasa rezeki kita kurang dalam semua sudut dibandingkan orang lain.
  
Ini seperti cerita seorang miskin yang datang mengadu kepada seorang ilmuwan bahawa Tuhan tidak merezekikan dia apa-apa. Lalu ilmuwan itu bertanya: “Mahukah engkau menjual tanganmu dengan harta seratus ribu?

Dia menjawab: “Tidak”. Ditanya lagi, “Mahukah engkau menjual pendengaranmu dengan harta seratus ribu?”. Jawabnya: “Tidak”. Kemudian ditanya mata, kaki dan seterusnya. Akhirnya, kata ilmuwan itu menghitung segalanya dan berkata: “Engkau sebenarnya mempunyai aset yang berjuta harganya. Tunaikanlah kesyukuran kepada tuhanmu.”

Dua jenis rezeki
  
Rezeki Allah itu terbahagi kepada dua jenis, satu rezeki yang umum dan satu lagi rezeki yang khas. Rezeki umum diberikan kepada sesiapa sahaja dalam kalangan hamba-hamba-Nya. Sama ada muslim, bukan muslim, manusia, haiwan, yang baik, yang jahat dan seterusnya.

Pada asasnya sesiapa yang berusaha, mengikuti percaturan alam yang telah Allah tetapkan akan memperolehi rezeki. Seorang muslim yang tidur di rumahnya tidak akan memperolehi ikan dari laut, sebaliknya seorang bukan muslim yang turun ke laut dengan kelengkapan dan ilmu tentang penangkapan ikan akan memperolehinya.

Demikian, sayur-sayuran tidak akan tumbuh hanya kerana seseorang itu bersolat tanpa usaha, tetapi yang berusaha menanam walaupun tidak bersolat akan tumbuh sayurannya. Di samping alam itu sendiri mempunyai pelbagai percaturan yang lain - hujan, panas, ribut, musuh, kawan dan pelbagai lagi.

Segala usaha untuk mendapatkan rezeki hanya akan terhasil jika Allah izinkan. Sama ada yang Dia izinkan itu, Dia redha ataupun tidak, itu persoalan yang lain.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan tiadalah suatu pun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya.” (Surah Hud, ayat 6)
  
Rezeki bahagian kedua ialah rezeki khusus untuk hamba-hamba-Nya yang terpilih. Allah rezekikan iman, kebahagiaan jiwa, hikmah, ketenangan roh dan seumpamanya. Ini semua tidak diperolehi dengan usaha kebendaan, tetapi dengan kurniaan Allah. Dia maha mengetahui siapakah hamba-hamba-Nya yang layak dikurniakan itu semua.
  
Maka, jangan hairan jika Nabi Musa lebih bahagia dari Firaun yang berkuasa dan memburunya. Jangan hairan jika Firaun itu lebih derita jiwa dari kesakitan golongan yang dia tindas. Demikian juga segala golongan yang zalim yang menindas golongan yang soleh.
  
Jangan sangka orang yang penuh bangga dengan kekayaan hartanya lebih menikmati kemanisan dan keindahan hidup dibandingkan hamba Allah yang tidak berharta tetapi sentiasa sujud penuh syukur kepada-Nya.

Berusaha
  
Agama tidak menyuruh kita duduk saja tanpa berusaha mencari rezeki. Tiada dalam Islam bertawakkal tanpa berusaha. Nabi SAW menyebut:

“Jika kamu bertawakkal kepada Allah benar-benar tawakkal nescaya Allah merezekikan kamu seperti Dia merezekikan burung. Burung keluar pagi dalam keadaan lapar dan pulang petang dalam keadaan kenyang.” (Riwayat Ahmad, al-Tirmizi dll, sahih)
  
Ada pihak cuba gunakan hadis ini untuk tidak berusaha atas alasan Allah akan berikan rezeki seperti burung. Itu fahaman yang salah. Hadis ini menceritakan bahawa selepas benar-benar tawakkal, seseorang hendaklah seperti burung yang keluar dari sarangnya pada awal pagi mencari rezeki dan akhirnya pulang kekenyangan.

Burung tidak tidur dalam sarangnya tanpa usaha. Demikianlah muslim dengan rezekinya. Alam ini ada peraturan dan percaturan, seseorang hendaklah berusaha. Usaha itu adalah ibadah.

Qana’ah
  
Usaha berjalan dengan jiwa yang syukur dan qana’ah. Qana’ah bererti akur dengan apa yang diperolehi dari kurniaan Allah. Jiwa pun menjadi lapang dan tenang. Fikiran tidak hanya tertumpu kepada persoalan rezeki yang lihat semata, juga yang tidak dilihat oleh mata seperti ilmu, bahagia, cinta, kasih dan tenang.

Bukan dalam bentuk kebendaan semata, juga dalam bentuk yang lain seperti anak-anak, sahabat, kesihatan, keamanan dan seumpamanya. Sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang berpagi dalam keadaan aman pada dirinya, sejahtera jasadnya, baginya makanan hariannya maka seakan dihimpunkan untuk dunia.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dll, hadis hasan)
  
Demikian insan menilai kehidupan dengan penuh kesyukuran. Bukan menolak yang tiada tetapi bersyukur dengan apa yang dikurniakan.

Friday, July 15, 2011

Thirty Six Years ..and loving it.

June 12th 2011 marked our 36th wedding anniversary and loving it. Really hope that we have a happy life together that last eternally. Sometime I wonder how times fly.

Just the two of us having a quite dinner at a new restaurant "A Pilgrimage Grill"
With all the promises that we make and we break, why do you think people get married? Because we need a witness to our lives. Theres a billion people on the planet, I mean what does any one life really mean.

But in a marriage you’re promising to care about everything; the good things, the bad things, the terrible things, the mundane things. All of it, all the time, everyday. You’re saying, “your life will go unnoticed, because I will noticed it, Your life will not go unwitnessed, because I will be your witness.” ‘

Mignon McLaughlin says A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person ‘-. and here we are, and its truly lovelier 36 times around.