Saturday, November 29, 2008

Dato' Razali Ismail Meninggal

Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengaminkan doa ketika menziarah jenazah Dato' Razali di Lorong Kenanga, Batu Buruk. -Foto SHUHAIMI AHMAD.



Oleh: Aida Abd Rahman
Negara dan negeri Terengganu khasnya, kehilangan seorang pemimpin dan tokoh akademik berwibawa serta disegani ramai kerana pengalaman dan idea bernas yang sering dilontarkan bagi melahirkan cerdik pandai dalam pendidikan di negara ini.
Allahyarham, Dato’ Razali Ismail, 59, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran yang dilahirkan di Kuala Berang pada 25 Jun 1949, kembali ke Rahmatullah di Institut Aminuddin Baki (IAB), Genting Highlands, Pahang secara mengejut ketika sedang bermin badminton, kira-kira jam 6.30 petang, semalam (28 November).

Beliau meninggalkan seorang balu, To' Puan Nooraini Lob Yusoff, 51, dan lima anak iaitu Muhammad Nurazli, 30 yang juga Pengurus di Sime Darby Bhd; Asrul Shah, 27, bertugas sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik; Khairul Amar, 23 , masih menuntut di Amerika Syarikat; Khairul Anwar, 21, menuntut di Universiti Industri Selangor dan yang bongsu, Khairul Arif, 15, pelajar di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Selangor.
Seri Paduka Baginda, Yang di-Pertuan Agong,Tuanku Mizan Zainal Abidin, berkenan berangkat menziarahi jenazah Allahyarham di rumahnya di Batu Buruk, Kuala Terengganu, sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sheikh Ibrahim, bersebelahan pusara ibu Allahyarham, kira-kira jam 1.30 petang, hari ini (29 November) .

Sebelum itu, jenazah Allahyarhamyang diiringi isterinya, To’ Puan Noraini dan dua daripada lima anak Allahyarham, Asrul Shah dan Muhammad Nurazli dihantar ke Hospital Bentong (HB) untuk pemeriksaan dan bedah siasat kira-kira pukul 9.30 malam tadi.
Turut berada di IAB membantu menguruskan jenazah ialah Menteri Pelajaran, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein serta para pegawai Kementerian Pelajaran dan IAB.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mokhtar Nong turut berada di samping jenazah di IAB dan HB.
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu, beliau mewakili Barisan Nasional (BN) memperoleh 32,562 undi mengalahkan Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu (31,562) dan calon bebas seorang wanita berusia 89 tahun, Maimun Yusof (685).

Dato' Razali sebelum ini merupakan Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PT PTN) dan bergiat secara langsung dalam politik sejak 2004.



Unit Komunikasi Negeri




(Sumber diperolehi : http://www.terengganu.gov.my/)



Belum pun sehari tempoh beliau kembali keRahmatullah para yang berkepentingan sudah mula membuka gelanggang. Baca disini dan disini. Apa perasaan keluarga allahyarham.

2 comments:

Al-Manar said...

Among teachers in particular, Arwah was a well-known figure, still is and will be so for many years to come. I am certain you were close enough to him personally that you care to have him honoured in your blog. I would like to claim that I knew him enough as well. In his very special way he inspired me. Insya Allah I will, in due course, put something of him in my blog. Semoga Allah cururi rohnya.

changgeh said...

Thank you Encik Hassan for the visit. Its true arwah was a well known figure among the teaching profession. He is a familiar personality in our constituency and a very influential too. In fact a week before his sudden death a few of our neighbours were having a game of badminton with arwah and he was in his jovial mood. That why his death were all shock to many of us. Tapi apa boleh buat ini semua takdir Allah.